Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang dengan hormatnya menjemput Tuan/puan ke Majlis Himpunan Mahasiswa 2010 seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 04 Disember 2010 ( Jumaat )
Masa : 7.00 Petang
Tempat : Dewan Millinium Kepala Batas.
Majlis akan dirasmikan oleh YB Dato' Mansor Othman TKMI.
Semua dijemput hadir.
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
On
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN RAKAN ANTI JENAYAH SOSIAL ( RATNA ) PERINGKAT SEBERANG PERAI UTARA.
YAB Tuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang akan melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas seterusnya merasmikan Kempen Rakan Anti Jenayah Sosial peringkat Seberang Perai Utara sebagaimana ketetapan berikut:
ATURCARA PROGRAM PELANCARAN RAKAN ANTI-JENAYAH SOSIAL (RATNA) PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG DI DEWAN MALIKI JALAN SEKOLAH KEPALA BATAS PADA 18 DISEMBER 2010
08.00 pagi : Sarapan pagi
08.30 pagi : Pertandingan mewarna dan melukis dan sukan rakyat
bermula
09.00 pagi : Treasure hunt kanak-kanak.
09.30 pagi : Pameran oleh jabatan-jabatan dan pertubuhan yang
Dijemput berserta program menderma darah
Pendaftaran Program Penghargaan Warga Emas
dan Suruhanjaya Pilihanraya
12.00 petang : Jamuan Rakyat.
02.00 petang : Ketibaan jemputan-jemputan khas
02.15 petang : Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang,
Y.Bhg Dato’ Wira Ayub Yaakop
02.30 petang : Ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
02.35 petang : Bacaan doa
02.40 petang : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
02.50 petang : Ucapan Ketua Polis Pulau Pinang,
Y.B. Dato’ Wira Ayub Yaakop
03.00 petang : Gimik lakonan penyalah gunaan dadah
03.10 petang : Penyarungan Jaket Rakan Anti Jenayah Sosial ( RATNA )
3.20 petang : Pelancaran Rakan Anti Jenayah Sosial
Parlimen Kepala Batas oleh YAB Ketua Menteri.
3.05 petang : Ucapan Perasmian Rakan Anti Jenayah Sosial ( RATNA )
oleh YAB Ketua Menteri.
03.35 petang : Jamuan ringan & Sidang Akhbar
04.15 petang : Para tetamu VIP meninggalkan majlis.
(Pameran akan berakhir pada pukul 5 petang)
Program ini akan disertai oleh :
a) Polis Diraja Malaysia
(pameran dadah, pecah rumah, kecurian dan sebagainya)
b) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
( Kesan penyalahgunaan dadah)
c) BOMBA
(Kaedah pengawalan api peringkat awal dan penyelamatan kecemasan)
d) Pejabat Kesihatan Negeri
(penyakit AIDS dan pemeriksaan kesihatan percuma)
e) Jabatan Pertahanan Awam
(Cara menyelamat mangsa nahas dan kaedah membantu menyelamat)
f) Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA)
g) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan
dan Koperasi
(KPDNKK) (Jenayah perdagangan)
h) Jabatan Penjara Pulau Pinang
(Demonstrasi sebat dan hukuman gantung)
i) Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
(Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar)
Pada majlis tersebut,Ketua Polis Negeri,Ybhg Dato’ Wira Ayob akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak PDRM untuk memulihkan Jenayah Sosial yang sedang meningkat kebelakangan ini.Langkah proaktif PDRM ini diharap akan membuka jalan penyelasaian kepada masalah kejadian Jenayah Sosial yang sebelum ini kurang mendapat perhatian masyarakat dan memastikan rakyat negeri ini dapat menjalani kehidupan harian dengan aman dan tenteram.
Majlis ini akan dihadiri 500 orang yang terdiri daripada penduduk setempat,pelajar-pelajar sekolah,para belia, serta ahli jawatankuasa Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas yang mensasarkan lebih 3,00 ahli menjelang pertengahan tahun hadapan.Pada majlis ini juga, YAB Ketua Menteri bersama Ketua Polis Negeri akan melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas yang telah ditubuhkan.
Saudara/saudari diminta hadir ke Majlis ini sebagai tanda sokongan saudara/i terhadap program ini yang lebih kepada satu program 'Mesra Rakyat'.
Jabatan Penerangan Pejabat Ketua Menteri juga memohon jasa baik Saudara/saudari untuk menggerakkan jentera parti dan kerajaan, di bawah bidang kuasa masing-masing untuk memastikan kehadiran seramai mungkin demi menjayakan program berkenaan.
Sekian, terima kasih.
JABATAN PENERANGAN PEJABAT KETUA MENTERI PULAU PINANG.
On
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN KEMPEN ANTI
JENAYAH SOSIAL PERINGKAT DAERAH SPU.
JENAYAH SOSIAL PERINGKAT DAERAH SPU.
TARIKH : 07 OGOS 2010 (AHAD)
MASA : 02.00 PETANG
TEMPAT : PADANG AWAM KUBANG MENERONG
PINANG TUNGGAL
PINANG TUNGGAL
MASA ATURCARA
10.00 pagi : - Pameran oleh jabatan-jabatan
dan pertubuhan
- Menderma darah
- Pendaftaran Program Penghargaan
Warga Emas
Warga Emas
- Pendaftaran Pemilih Baru
02.00 petang : Ketibaan jemputan-jemputan khas
02.15 petang : Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang,
Ybhg. Datuk Wira Ayub Yaakop
02.30 petang : Ketibaan Ketua Menteri
Pulau Pinang,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
02.40 petang : Bacaan Doa.
02.50 petang : Ucapan Pengerusi Majlis
03.00 petang : Ucapan Ketua Polis Pulau Pinang,
YBhg Datuk Wira Ayub Yaakop
03.30 petang : Pertunjukan Anjing K-9 PDRM
03.45 petang : Ucapan & Pelancaran oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
04.30 petang : Penyampaian cenderamata
04.45 petang: Lawatan tapak pameran oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
05.00 petang : Sidang Akhbar / Jamuan Ringan.
05.30 petang : Bersurai
On
Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan “Workshop For Political Parties: State-Federal Relationship According To The Constitution”. Butiran lanjut bagi bengkel ini adalah seperti berikut.
Tarikh | : | 20hb Jun 2010 (Ahad) |
Masa | : | 9.30 pagi – 5.00 petang |
Tempat | : | Dewan Sri Pinang 10300 |
pihak tuan boleh mengantar semula borang maklumbalas kehadiran sebelum Sabtu, 19 Jun melalui faks: +603 6201 5334. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi En Afif Abdullah ditalian +60 19 272 5334
On
Akademi Upaya Rakyat (AURA) adalah sebuah pusat khidmat di bawah kepimpinan YB Dato’ Haji Abdul Halim Hussain yang ditubuhkan bertujuan untuk menggerakkan aktiviti pembangunan komuniti di Pulau Pinang khususnya di Daerah Barat Daya. AURA dengan ini menjemput pihak tuan untuk menyertai majlis perasmian program berikut;
TAJUK : Seminar Pengurusan Kewangan, Harta & Pameran Kerjaya
TARIKH : Sabtu-Ahad, 26-27 Jun 2010
TEMPAT : DewanSeminar, Tingkat 1,
Pejabat MPPP Balik Pulau.
MASA : 9.00 Pagi
Program ini akan disertai oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Amanah Raya Berhad, Perunding-perunding Takaful, Bank-bank dan syarikat unit amanah untuk memberi taklimat dan membuka ruang pameran.
Pihak kami juga memohon agar tuan dapat mengikuti sesi utama program ini, iaitu pada Sabtu, 26 Jun dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Untuk pengesahan penyertaan, pihak tuan bolehlah terus berhubung dengan saya, sebelum atau pada 20 Jun 2010 di talian 013-477 1047. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)

