Get Your

Latest Event

User Login

Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
On

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN RAKAN ANTI JENAYAH SOSIAL ( RATNA ) PERINGKAT SEBERANG PERAI UTARA.

YAB Tuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang akan melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas seterusnya merasmikan Kempen Rakan Anti Jenayah Sosial peringkat Seberang Perai Utara sebagaimana ketetapan berikut:


ATURCARA PROGRAM PELANCARAN RAKAN ANTI-JENAYAH SOSIAL (RATNA) PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG DI DEWAN MALIKI JALAN SEKOLAH KEPALA BATAS PADA 18 DISEMBER 2010

08.00 pagi                    : Sarapan pagi

08.30 pagi                    : Pertandingan mewarna dan melukis dan sukan rakyat
                                      bermula

09.00 pagi                    : Treasure hunt kanak-kanak.

09.30 pagi                    : Pameran oleh jabatan-jabatan dan pertubuhan yang
                                      Dijemput berserta program menderma darah  
           Pendaftaran Program Penghargaan Warga Emas 
           dan Suruhanjaya Pilihanraya

12.00 petang                : Jamuan Rakyat.

02.00 petang               : Ketibaan jemputan-jemputan khas

02.15 petang               : Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang, 
           Y.Bhg Dato’ Wira Ayub Yaakop

02.30 petang               : Ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang, 
           Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng

02.35 petang               : Bacaan doa

02.40 petang                : Ucapan aluan Pengerusi Majlis

02.50 petang                : Ucapan Ketua Polis Pulau Pinang, 
            Y.B. Dato’ Wira Ayub Yaakop

03.00 petang                : Gimik lakonan penyalah gunaan dadah

03.10 petang                : Penyarungan Jaket Rakan Anti Jenayah Sosial ( RATNA )

3.20 petang                  : Pelancaran Rakan Anti Jenayah Sosial 
                                      Parlimen Kepala Batas oleh YAB Ketua Menteri.

3.05 petang                 : Ucapan Perasmian Rakan Anti Jenayah Sosial  ( RATNA )
                                      oleh YAB Ketua Menteri.

03.35 petang                : Jamuan ringan & Sidang Akhbar

04.15 petang               : Para tetamu VIP meninggalkan majlis.

(Pameran akan berakhir pada pukul 5 petang)

Program ini akan disertai oleh :
 
a)      Polis Diraja Malaysia 
        (pameran dadah, pecah rumah, kecurian dan sebagainya)

b)      Agensi Anti Dadah Kebangsaan 
         ( Kesan penyalahgunaan dadah)

c)      BOMBA 
      (Kaedah pengawalan api peringkat awal dan penyelamatan kecemasan)

d)      Pejabat Kesihatan Negeri 
        (penyakit AIDS dan pemeriksaan kesihatan percuma)

e)      Jabatan Pertahanan Awam 
      (Cara menyelamat mangsa nahas dan kaedah membantu menyelamat)

f)       Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA)

g)      Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan 
         dan Koperasi 
         (KPDNKK) (Jenayah perdagangan)

h)      Jabatan Penjara Pulau Pinang 
        (Demonstrasi sebat dan hukuman gantung)

i)        Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang 
          (Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar)


Pada majlis tersebut,Ketua Polis Negeri,Ybhg Dato’ Wira Ayob akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak PDRM untuk memulihkan Jenayah Sosial yang sedang meningkat kebelakangan ini.Langkah proaktif PDRM ini diharap akan membuka jalan penyelasaian kepada masalah kejadian Jenayah Sosial yang sebelum ini kurang mendapat perhatian masyarakat dan memastikan rakyat negeri ini dapat menjalani kehidupan harian dengan aman dan tenteram.

Majlis ini akan dihadiri 500 orang yang terdiri daripada penduduk setempat,pelajar-pelajar sekolah,para belia, serta ahli jawatankuasa Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas yang mensasarkan lebih 3,00 ahli menjelang pertengahan tahun hadapan.Pada majlis ini juga, YAB Ketua Menteri bersama Ketua Polis Negeri akan melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas yang telah ditubuhkan.

Saudara/saudari diminta hadir ke Majlis ini sebagai tanda sokongan saudara/i terhadap program ini yang lebih kepada satu program 'Mesra Rakyat'.

Jabatan Penerangan Pejabat Ketua Menteri juga memohon jasa baik Saudara/saudari untuk menggerakkan jentera parti dan kerajaan, di bawah bidang kuasa masing-masing untuk memastikan kehadiran seramai mungkin demi menjayakan program berkenaan.

Sekian, terima kasih. 

JABATAN PENERANGAN PEJABAT KETUA MENTERI PULAU PINANG.

On

Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan “Workshop For Political Parties: State-Federal Relationship According To The Constitution”. Butiran lanjut bagi bengkel ini adalah seperti berikut.

 Tarikh
:
20hb Jun 2010 (Ahad)

Masa
:
9.30 pagi – 5.00 petang
Tempat
:
Dewan Sri Pinang
10300 George Town, Penang


pihak tuan boleh mengantar semula borang maklumbalas kehadiran sebelum Sabtu, 19 Jun melalui faks: +603 6201 5334. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lebih lanjut sila hubungi En Afif Abdullah ditalian +60 19 272 5334

On

Seminar Pengurusan Kewangan, Harta & Pameran Kerjaya

Akademi Upaya Rakyat (AURA) adalah sebuah pusat khidmat di bawah kepimpinan YB Dato’ Haji Abdul Halim Hussain yang ditubuhkan bertujuan untuk menggerakkan aktiviti pembangunan komuniti di Pulau Pinang khususnya di Daerah Barat Daya. AURA dengan ini menjemput pihak tuan untuk menyertai majlis perasmian program berikut;
             
                      TAJUK              :           Seminar Pengurusan Kewangan, Harta & Pameran Kerjaya
                      TARIKH           :           Sabtu-Ahad, 26-27 Jun 2010
                      TEMPAT          :           DewanSeminar, Tingkat 1,
                                                              Pejabat MPPP Balik Pulau.
                      MASA               :           9.00 Pagi

Program ini akan disertai oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Amanah Raya Berhad, Perunding-perunding Takaful, Bank-bank dan syarikat unit amanah untuk memberi taklimat dan membuka ruang pameran.

Pihak kami juga memohon agar tuan dapat mengikuti sesi utama program ini, iaitu pada Sabtu, 26 Jun dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Untuk pengesahan penyertaan, pihak tuan bolehlah terus berhubung dengan saya, sebelum atau pada 20 Jun 2010 di talian 013-477 1047. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima  kasih.