MAJLIS PELANCARAN KEMPEN RAKAN ANTI JENAYAH SOSIAL ( RATNA ) PERINGKAT SEBERANG PERAI UTARA.
YAB Tuan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang akan melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas seterusnya merasmikan Kempen Rakan Anti Jenayah Sosial peringkat Seberang Perai Utara sebagaimana ketetapan berikut:
ATURCARA PROGRAM PELANCARAN RAKAN ANTI-JENAYAH SOSIAL (RATNA) PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG DI DEWAN MALIKI JALAN SEKOLAH KEPALA BATAS PADA 18 DISEMBER 2010
08.00 pagi : Sarapan pagi
08.30 pagi : Pertandingan mewarna dan melukis dan sukan rakyat
bermula
09.00 pagi : Treasure hunt kanak-kanak.
09.30 pagi : Pameran oleh jabatan-jabatan dan pertubuhan yang
Dijemput berserta program menderma darah
Pendaftaran Program Penghargaan Warga Emas
dan Suruhanjaya Pilihanraya
12.00 petang : Jamuan Rakyat.
02.00 petang : Ketibaan jemputan-jemputan khas
02.15 petang : Ketibaan Ketua Polis Pulau Pinang,
Y.Bhg Dato’ Wira Ayub Yaakop
02.30 petang : Ketibaan Ketua Menteri Pulau Pinang,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng
02.35 petang : Bacaan doa
02.40 petang : Ucapan aluan Pengerusi Majlis
02.50 petang : Ucapan Ketua Polis Pulau Pinang,
Y.B. Dato’ Wira Ayub Yaakop
03.00 petang : Gimik lakonan penyalah gunaan dadah
03.10 petang : Penyarungan Jaket Rakan Anti Jenayah Sosial ( RATNA )
3.20 petang : Pelancaran Rakan Anti Jenayah Sosial
Parlimen Kepala Batas oleh YAB Ketua Menteri.
3.05 petang : Ucapan Perasmian Rakan Anti Jenayah Sosial ( RATNA )
oleh YAB Ketua Menteri.
03.35 petang : Jamuan ringan & Sidang Akhbar
04.15 petang : Para tetamu VIP meninggalkan majlis.
(Pameran akan berakhir pada pukul 5 petang)
Program ini akan disertai oleh :
a) Polis Diraja Malaysia
(pameran dadah, pecah rumah, kecurian dan sebagainya)
b) Agensi Anti Dadah Kebangsaan
( Kesan penyalahgunaan dadah)
c) BOMBA
(Kaedah pengawalan api peringkat awal dan penyelamatan kecemasan)
d) Pejabat Kesihatan Negeri
(penyakit AIDS dan pemeriksaan kesihatan percuma)
e) Jabatan Pertahanan Awam
(Cara menyelamat mangsa nahas dan kaedah membantu menyelamat)
f) Sukarelawan Rakyat Malaysia (RELA)
g) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan
dan Koperasi
(KPDNKK) (Jenayah perdagangan)
h) Jabatan Penjara Pulau Pinang
(Demonstrasi sebat dan hukuman gantung)
i) Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
(Kesedaran Pemuliharaan Alam Sekitar)
Pada majlis tersebut,Ketua Polis Negeri,Ybhg Dato’ Wira Ayob akan mengumumkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak PDRM untuk memulihkan Jenayah Sosial yang sedang meningkat kebelakangan ini.Langkah proaktif PDRM ini diharap akan membuka jalan penyelasaian kepada masalah kejadian Jenayah Sosial yang sebelum ini kurang mendapat perhatian masyarakat dan memastikan rakyat negeri ini dapat menjalani kehidupan harian dengan aman dan tenteram.
Majlis ini akan dihadiri 500 orang yang terdiri daripada penduduk setempat,pelajar-pelajar sekolah,para belia, serta ahli jawatankuasa Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas yang mensasarkan lebih 3,00 ahli menjelang pertengahan tahun hadapan.Pada majlis ini juga, YAB Ketua Menteri bersama Ketua Polis Negeri akan melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Parlimen Kepala Batas yang telah ditubuhkan.
Saudara/saudari diminta hadir ke Majlis ini sebagai tanda sokongan saudara/i terhadap program ini yang lebih kepada satu program 'Mesra Rakyat'.
Jabatan Penerangan Pejabat Ketua Menteri juga memohon jasa baik Saudara/saudari untuk menggerakkan jentera parti dan kerajaan, di bawah bidang kuasa masing-masing untuk memastikan kehadiran seramai mungkin demi menjayakan program berkenaan.
Sekian, terima kasih.
JABATAN PENERANGAN PEJABAT KETUA MENTERI PULAU PINANG.