Get Your

Latest Event

User Login

On

Seminar Pengurusan Kewangan, Harta & Pameran Kerjaya

Akademi Upaya Rakyat (AURA) adalah sebuah pusat khidmat di bawah kepimpinan YB Dato’ Haji Abdul Halim Hussain yang ditubuhkan bertujuan untuk menggerakkan aktiviti pembangunan komuniti di Pulau Pinang khususnya di Daerah Barat Daya. AURA dengan ini menjemput pihak tuan untuk menyertai majlis perasmian program berikut;
             
                      TAJUK              :           Seminar Pengurusan Kewangan, Harta & Pameran Kerjaya
                      TARIKH           :           Sabtu-Ahad, 26-27 Jun 2010
                      TEMPAT          :           DewanSeminar, Tingkat 1,
                                                              Pejabat MPPP Balik Pulau.
                      MASA               :           9.00 Pagi

Program ini akan disertai oleh Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Amanah Raya Berhad, Perunding-perunding Takaful, Bank-bank dan syarikat unit amanah untuk memberi taklimat dan membuka ruang pameran.

Pihak kami juga memohon agar tuan dapat mengikuti sesi utama program ini, iaitu pada Sabtu, 26 Jun dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Untuk pengesahan penyertaan, pihak tuan bolehlah terus berhubung dengan saya, sebelum atau pada 20 Jun 2010 di talian 013-477 1047. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Sekian, terima  kasih.