Get Your

Latest Event

User Login

On

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

 
YB/ Tan Sri/ Dato' Seri/ Dato'/ Dr/ Prof/ Tuan/ Puan, 
 
Penang Institute dengan penuh takzim menjemput semua ke Forum Nusantara kedua yang akan diadakan seperti berikut,
 
Tajuk  : “Bahasa Melayu sebagai bahasa Kosmopolitan: Apa Peranan Pulau Pinang?” 
Tarikh :  30 Disember 2011 (Jumaat) 
Masa   :  7.30 Malam 
Tempat : Auditorium MPSP, Bandar PERDA, Bukit Mertajam
 
Forum ini adalah kesinambungan daripada Forum Nusantara pertama yang membincangkan peranan Pulau Pinang sebagai Pusat Keintelektualan rantau Nusantara. Untuk siri kedua, Forum Nusantara akan cuba mengupas secara tuntas peranan yang wajar dimainkan oleh Pulau Pinang untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kosmopolitan, seiring dengan usaha pengantarabangsaan yang giat berlaku di negeri ini.
 
Demi mendapat komentar yang tepat, Penang Institute telah berjaya membariskan panelis-panelis yang tersohor seperti,


Prof Dr Muhammad Haji Salleh (Moderator),
Sasterawan Negara

Prof Dr Ding Choo Ming
Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM

Prof Dr. Awang Sariyan
Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China

Prof Madya Dr Alinor Abdul Kadir
Akademi Sains Islam-ASASI)
 

Program akan dimulakan dengan ucaptama yang akan disampaikan oleh YB Dato' Mansor Hj. Othman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Disertakan bersama jemputan ini adalah poster program, abstrak, aturcara majlis dan biodata ringkas panelis untuk rujukan pihak tuan/puan. Anda juga dijemput hadir awal kerana pihak kami juga ada menyediakan jamuan makan malam untuk peserta yang mendaftar awal pada jam 7.30 malam. Yuran penyertaan adalah PERCUMA.
 
Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan menghantar maklumbalas kehadiran di e-mel ini sebelum atau pada 28 Disember 2011 (Rabu). 
 
Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan adalah amat kami hargai.
 
Sekian, terima kasih,

--
Best regards,
SYED MIKAEL RIZAL AIDIDCommunication & Event Executive
Penang Institute
(formerly known as Socio-Economic & Environmental Research Institute - SERI)