Get Your

Latest Event

User Login

On

  Kepala Batas : 03 Apr 2010 Lebih 3,000 Warga Emas didalam Parlimen Kepala Batas hari ini meyerbu Maybank Bertam 1 bagi menunaikan baucer RM100 setiap orang yang telah dikeluarkan Kerajaan Negeri melalui Maybank didalam Program Penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang sebanyak RM100.00 seorang.

Warga Emas hadir ke Maybank dengan bantuan anak-anak dan waris masing-masing telah menunggu dihadapan pintu masuk bank bermula dari 8.00 pagi.

Pihak pengurusan Maybank mula membuka kaunter pembayaran pada pukul 9.00 pagi setelah mendapat pengesahan dari Pengarah Kewangan Negeri Dato' Farizan Darus yang hadir pada awal pagi bagi membantu melancarkan proses pembayaran kepada Warga Emas.

Maybank Bertam 1 telah menyediakan 4 kaunter pembayaran yang dibuka pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.Jurucakap bank menyatakan kaunter pembayaran ini juga akan dibuka pada keesokan hari ( 04 Apr 2010 ).Namun begitu disebabkan keghairahan menerima tunai RM100.00 Warga Emas telah berpusu-pusu semenjak awal pagi lagi.Pihak pengurusan Bank terpaksa meminta bantuan Polis Kepala Batas mengawal keadaan yang sesak.

Keadaan sesak yang berlarutan sehingga tengahari dapat dikawal dengan pihak Bank menyediakan 3 orang pegawai mengambil tandatangan dan memberi wang RM100.00 diluar bank terutama kepada Warga Emas yang hadir tetapi tidak berupaya berjalan dengan sendiri.Pendekatan yang diguna pihak Bank telah mendapat pujian dari Warga Emas dan juga waris-waris.Kaedah ini telah mengurangkan kesesakan dan sehingga tengahari hari sebanyak 2,700 Warga Emas telah menerima wang tunai RM100.00 masing-masing.

Sehingga kaunter pembayaran ditutup pada pukul 4.00 petang, sebanyak  4,000 Warga Emas  berjaya diproses dan menerima wang tunai RM100.00 mereka.Seorang Warga Emas yang ditanya pendapatnya berkenaan program Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini telah melahirkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat kerana sebelum ini beliau belum pernah menerima wang tunai seperti ini dari Kerajaan Barisan Nasional walaupun selama ini beliau mengundi Barisan Nasional,dari itu beliau berharap program seperti seharusnya diteruskan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.Usaha murni Kerajaan Negeri ini telah membuka pintu hatinya untuk menyokong Kerajaan Negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.